KITA TIDAK MUDAH LUPA
CERITA DUMC masih lagi dalam ingatan kita, cerita Kalimah Allah juga masih dalam ingatan kita. Kita juga tidak lupa kumpulan G25 yang mahukan segala hukum hakam dan larangan dihalalkan atas nama hak asasi. PAN dan PKR yang Melayu dan Islam pula
sudah terkena virus DAP. Mereka menjadi ‘spoke person’ kepada ideologi yang dibawa DAP.
DAHULU PAS agak teruja dengan DAP, namun kesedaran kerana menjaga Bangsa dan Agama; mereka
menolak keluar DAP. DAP bonekakan pemimpin Melayu untuk mencapai agenda politik dengan halus dan teliti. Pelurunya sudah pasti dikalangan orang Melayu sendiri.
SEMASA pemerintahan 10 bulan di Perak; DAP menggunakan orang Melayu sebagai tampok boneka
pemerintahan. Segala perancangan diatur bukan oleh Menteri Besarnya; tetapi ianya telah digaris pandukan oleh DAP. Nizar hanya jadi hiasan DAP. Bagaimana 999 tahun tanah dikurniakan kepada bangsa DAP secara mudah, termasuk tanah lombong.
SETELAH
tumbang kerajaan boneka DAP, Nizar dipergunakan untuk “mohon derhaka” kepada Sultan Perak dan Nizar juga telah mengarahkan penyokong PAS berbaring menghalang laluan Raja Muda Perak dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Perak.
DI PULAU
PINANG, DAP menggunakan Melayu dengan laungan 'Ubah'; iaitu agenda untuk mengubah lankskap politik dan mendominasikan kuasa DAP di Pulau Pinang. Akhirnya telah terbukti dengan kejadian penindasan terhadap orang Melayu di pulau mutiara itu.
ADUN
PKR dan PAS dicarikan salah untuk disingkir dari kerusi EXCO Pulau Pinang. Hilang semua yang dikejar dan yang mahu diubah. Akhirnya landskap politik diubah oleh DAP ikut acuan politik Singapura.
DAP mahu hanya orang Cina menjadi Ketua Menteri di
Pulau Pinang. Orang Melayu dan India hanya layak sebagai Timbalan Ketua Menteri sahaja. Ternyata semua itu hanya teori politik untuk sokongan sahaja. Itulah strategi perkauman jahat yang mereka semai. Di sini perkauman bermula dan di sini juga ia mesti berakhir!
#ABCDasalbukancinadap
By Uda Leman