Gimik Majlis Perasmian Karnival 'BACK TO SCHOOL' Bantu Kami Ke Sekolah.

19 November 2016 - Kepimpinan Penerangan UMNO Bahagian Lumut di Majlis Himpunan Penerangan bersama Pemimpin Akar Umbi bersama Tan Sri Annuar Musa (Ketua Penerangan UMNO Malaysia) di RTC Gopeng.

YAB Menteri Besar Perak, Dato" Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir bergambar bersama beberapa exco kerajaan negeri selepas pembentangan Bajet 2017 Perak pada Selasa, 15 November 2016.

12 November 2016 - Makan Malam YB Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Mahdzir Khalid bersama ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Lumut di Swiss Garden Beach Resort, Lumut.

3 Nov. 2016 - Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai sekolah-sekolah dalam Daerah Manjung di Masjid Al-Afiah Kg Batu 3 Segari. Majlis dirasmikan oleh Dato Azri bin Jaafar, Naib Ketua Bahagian Lumut merangkap Pegawai Khas ADUN kawasan Pangkor.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TAHNIAH

1 Nov. 2016 - Menteri Besar Perak, merangkap Ketua Bahagian Lumut, YAB Dato Seri Di Raja Dr. Zambry bin Abd Kadir telah dikurniakan Anugerah Kehormat - Doctor of Business Administration di Royal Docks School of Business & Law, University of East London.

Pengurniaan tersebut merupakan penghormatan dan pengiktirafan antarabangsa atas pencapaian dan kepimpinan YAB Dato' Seri Di Raja.

1 Nov. 2016 - Lawatan kerja, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Puat, ke Teluk Baru Pulau Pangkor.

TAHNIAH DAN SYABAS.

1 Nov. 2016
Menteri Besar Perak yang juga Ketua Bahagian Lumut, YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir, dijemput oleh CIFLAC ( Center for Islamic Finance, Laws and Communities) University East London (UEL) bagi memberi syarahan bersama dengan beberapa pakar PBB iaitu UN- Habitat mengenai isu perumahan dan perundangan tanah. Di majlis tersebut, beliau turut dianugerahkan Visionary Global Leader Award. Esok beliau akan menerima anugerah Honorary Doctorate daripada UEL.

Ini adalah tanda untuk semua khususnya Bhgn Lumut. Terima kasih atas dokongan. Kata beliau di dalam mesejnya kepada group applikasi WhatsApp.

Ucapan Tahniah daripada seluruh warga UMNO Bahagian Lumut kepada Penolong Setiausaha Puteri Umno Bahagian Lumut, saudari Shakirah Omar di atas kemenangan sebagai Enumerator terbanyak buat kajian Cabaran Wanita Muda di Majlis Penutup Dan Apresiasi Champion Puteri yang telah disempurnakan oleh Ketua PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada 20/10/2016.